Wednesday, 7 December 2011

Isyarat Pengadil

Pemain bola keranjang haruslah peka kepada isyarat pengadil semasa pertandingan dijalankan.

Aspek-Aspek Keselamatan

                Antara aspek-aspek keselamatan yang perlu diberi perhatian dalam permainan bola keranjang adalah seperti yang berikut :
  • Memakai pakaian yang sesuai, kasut bertapak getah paras buku lali dan pelapik lutut.
  • Memastikan kuku jari tangan pendek dan tidak memakai rantai, cincin atau jam tangan.
  • Memastikan gelanggang dan semua peralatan yang digunakan dalam keadaan baik dan selamat digunakan.
          Kemahiran yang diperoleh dalam permainan bola keranjang membolehkan kita bermain dengan lebih cekap.

Undang-undang dan Kemahiran

Jenis-jenis Kesalahan ( fouls )

Ada dua jenis kesalahan iaitu kesalahan individu dan kesalahan pasukan. Jika seorang pemain melakukan lebih daripada lima kesalahan individu, pemain tersebut tidak akan dibenarkan meneruskan permainan. Pasukan yang melakukan libih daripada empat kesalahan ( melibatkan kesalahan individu ) dalam satu suku permainan akan dikenakan lontaran percuma.

Menghalang ( Blocking )
Menghalang kemaraan pemain yang sedang bergerak secara fizikal.


Merempuh (charging )
Menolak atau melanggar pemain bertahan yang statik.

Memegang ( Holding )
Menyekat pergerakan pihak lawan dengan memegang pemain yang membawa bola.


Sekatan tidak Sah ( illegal screen )
Pemain yang melakukan sekatan masih bergerak apabila pemain bertahan melakukan sentuhan.

Menjangkau ( reaching in )
Menghulurkan tangan dan melakukan sentuhan terhadap pemain yang mengawal bola dalam percubaan mencuri bola.

Membentes ( tripping )
Menghulurkan kaki dan menyebabkan pemain lawan hilang imbangan atau terjatuh.

Kemahiran Dalam Permainan Bola Keranjang

• Pelanggaran peraturan ( violations )

Terdapat dua jenis pelanggaran peraturan iaitu pelanggaran peraturan pengawalan bola dan pelanggaran peraturan masa. Pelanggaran peraturan ini akan mengakibatkan pasukan kehilangan bola kepada pihak lawan ( turn over ).

*Pelanggaran Peraturan Pengawalan Bola

Mengelecek berganda
Mengelecek semula selepas berhenti dan memegang bola atau mengelecek dengan kedua-dua belah tangan serentak.

Over and Back
Membawa bola balik semula ke kawasan gelanggang belakang oleh pasukan penyerang selepas melintasi garisan tengah gelanggang.

Travelling
Membawa bola lebih dari satu langkah tanpa mengelecek bola tersebut.



*Pelanggaran Peraturan Masa

Peraturan tiga saat( three-seconds rule )
Semasa bola dalam kawalan pasukan, pemain tidak dibenarkan berada lebih daripada tiga saat dalam kawasan terhad pihak lawan iaitu di antara baseline dan hujung garisan lontaran percuma.

Peraturan lima saat( five-seconds rule )
Pemain yang dikawal oleh pihak lawan perlu membuat hantaran, jaringan atau mengelecek bola dalam tempoh masalima saat. Pemain yang membuat hantaran ke dalam perlu memainkan bola dalam tempoh masa lima saat atau bola diberikan kepada pihak lawan.

Peraturan lapan saat( eight-seconds rule )
Pasukan yang mengawal bola dalam kawasan sendiri perlu membawa dan memainkan bola ke kawasan pihak lawan dalam tempoh masa lapan saat. Jika gagal bertindak sedemikian, pasukan tersebut akan dipersalahkan.

Peraturan 24 saat( twenty four-seconds rule )
Pasukan yang mengawal bola perlu melakukan jaringan dalam tempoh masa 24 saat mengawal bola. Pasukan tersebut akan dipersalahkan jika gagal bertindak sedemikian.

Undang-undang dan Kemahiran

Undang-undang dan Peraturan Undang-undang pertandingan bola keranjang dijalankan mengikut Undang-undang Persekutuan Bola Keranjang Amatur Antarabangsa ( FIBA ) dan peraturan-peraturan am Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia ( MSSM ).

Jumlah pemain
Jumlah pemain yang berdaftar dalam satu pasukan ialah dua belas orang. Hanya lima orang pemain bagi setiap pasukan akan bermain pada satu-satu masa. Setiap pemain boleh ditukar ganti sepanjang tempoh permainan. Setiap pertukaran pemain perlu dilaporkan kepada pencatat.

Masa permainan
Masa Permainan bola keranjang dibahagikan kepada empat suku (quarter). Masa bermain untuk setiap suku ialah 10 minit. Masa rehat antara suku iaiah dua minit.. Selepas tamat suku kedua ( separuh masa pertama ). Masa rehat diberi selama lima minit sebelum bermula suku ketiga. Dalam permainan bola keranjang, hanya masa sebenar dikira sebagai masa permainan. Jam pertandingan akan diberhentikan semasa lontaran percuma, time-out, pemain mengalami kecederaan, pertukaran pemain dan apabila bola keluar dari kawasan permainan. Masa permainan akan dikira sebaik sahaja bola dimainkan sernula.


Permulaan permainan
Permainan dimulakan dengan pengadil melambung bola di bulatan tengah di antara dua pemain daripada kedua-dua pasukan. Jam pertandingan diaktifkan sebaik sahaja bola yang dilambung disentuh oleh salah seorang pemain yang melompat. Pemain yang melompat tidak dibenarkan menangkap bola yang dilambung tetapi hanya boleh menepis atau menolak bola itu kepada rakan yang berada di luar bulatan.

Kemahiran Dalam Permainan Bola Keranjang

  • Rebound
                Reboung ialah situasi bola yang melantun semula dari papan jaring yang dilakukan dengan melontar bola ke arah papan jaring. Rebound juga terhasil daripada lontaran jaringan yang tersasar. Kemahiran menangkap bola hasil daripada rebound adalah penting sama ada untuk terus menyerang atau bertahan. Rebound offensif memberi peluang kedua kapada pasukan lawan untuk melakukan jaringan. Rebound defensif pula memberi peluang pihak lawan melakukan jaringan dan mendapatkan bola.

Fasa Persediaan

Fasa Pelaksanaan

Kemahiran Dalam Permainan Bola Keranjang

  • Menjaring
                Menjaring dalam permainan bola keranjang adalah memasukkan bola ke dalam keranjang pihak lawan. Semua pemain boleh melakukan jaringan dari mana-mana bahagian gelanggang.
 Terdapat tiga jenis kaedah menjaring iaitu :
  • Set shot
  • Lay-up shot
  • Jump shot

Kemahiran Dalam Permainan Bola Keranjang

  • Mengelecek
                Mengelecek adalah salah satu cara untuk menggerakkan bola ke kawasan pihak lawan dan juga mengekalkan kawalan bola. Pemain perlu mengelecek tanpa melihat ke arah bola.
Mengelecek dinamik

Mengelecek terkawal

Kemahiran Dalam Permainan Bola Keranjang

  • Menghadang
                Menghadang ialah kemahiran untuk menyukarkan pemain lawan daripada mengelecek bola, melakukan hantaran atau melakukan jaringan. Pemain perlu sentiasa mengekalkan posisi di antara pemain lawan yang membawa bola ke arah keranjang ( bola--pemain menghadang--keranjang).
                Terdapat dua situasi menghadang iaitu menghadang pemain lawan yang mengelecek bola dan menghadang pemain lawan yang mesti melakukan hantaran atau jaringan.

menghadang pemain lawan yang mengelecek bola


 menghadang pemain lawan yang mesti melakukan hantaran atau jaringan

Kemahiran Dalam Permainan Bola Keranjang

  • Menerima
                Kemahiran menerima bola adalah kecekapan menangkap bola yang dihantar oleh rakan sepasukan. Pemain yang menerima bola perlu mengekalkan kawalan bola. Dalam kemahiran menerima, penerima bola perlu sentiasa memandang ke arah pemain yang akan melakukan hantaran. Penguasaan kemahiran menerima bola bergantung pada adaptasi penerima dalam situasi permainan. Penerima bola perlu pantas membuat keputusan sama ada untuk menjaring atau mengelecek.

Kemahiran Dalam Permainan Bola Keranjang

            Kemahiran-kemahiran asas yang terdapat dalam permainan bola keranjang ialah menghantar, menerima, rebound, mengelecek, menghadang dan menjaring.
  • Menghantar
            Menghantar ialah kemahiran menyerang dan cara yang selamat untuk mengekalkan kawalan bola. Menghantar juga adalah cara terpantas untuk menggerakkan bola ke kawasan pihak lawan. Faktor yagn perlu diambil perhatian ketika melakukan hantaran ialah kelajuan dan ketepatan.
Jenis-jenis hantaran adalah seperti
  • Hantaran paras dada
  • Hantaran atas kepala
  • Hantaran lantun
  • Hantaran sisi



JumP

Click to play this Smilebox slideshow
Create your own slideshow - Powered by Smilebox
Free slideshow customized with Smilebox

Aspek Permainan Bola Keranjang

  • Jaringan
            Jaringan dilakukan dengan memasukkan bola ke dalam keranjang pihak lawan. Semua pemain boleh melakukan jaringan dari mana-mana kawasan dalam gelanggang. Ada dua cara untuk mendapatkan mata, iaitu :
  1. Melakukan jaringan sebagai hasil pergerakkan dalam permainan oleh pemain,  iaitu :
Dari luar kawasan gol-----  3 mata
Dari dalam kawasan gol--- 2 mata

2. Melakukan jaringan sebagai hasil lontaran percuma, iaitu lontaran yang dilakukan dari kedudukan belakang garisan lontaran percuma.


Posisi pemain ketika melakukan lontaran percuma