Monday, 5 December 2011

Aspek Permainan Bola Keranjang

Aspek Permainan Bola Keranjang
        Permainan bola keranjang boleh dimainkan sama ada di luar atau di dalam dewan. Ukuran gelanggang, peralatan dan saiz bola yang digunakan adalah mengikut undang-undang yang telah ditetapkan oleh Persekutuan Bola Keranjang Amatur Antarabangsa ( FIBA ).

  • Gelanggang
            Permukaan gelanggang bola keranjang diperbuat daripada kayu, simen atau sebarang permukaan sintetik yang sesuai, yang membolahkan bola melantun dengan baik dan konsisten. keadaan permukaan gelanggang mestilah rata, keras dan bebas daripada sebarang gangguan yang berkemungkinan boleh membahayakan pemain.
          Bagi gelanggang yang berada didalam dewan, tinggi di antara lantai dan siling atau sebarang halangan perlu melebihi tujuh meter.


No comments:

Post a Comment