Wednesday, 7 December 2011

Kemahiran Dalam Permainan Bola Keranjang

• Pelanggaran peraturan ( violations )

Terdapat dua jenis pelanggaran peraturan iaitu pelanggaran peraturan pengawalan bola dan pelanggaran peraturan masa. Pelanggaran peraturan ini akan mengakibatkan pasukan kehilangan bola kepada pihak lawan ( turn over ).

*Pelanggaran Peraturan Pengawalan Bola

Mengelecek berganda
Mengelecek semula selepas berhenti dan memegang bola atau mengelecek dengan kedua-dua belah tangan serentak.

Over and Back
Membawa bola balik semula ke kawasan gelanggang belakang oleh pasukan penyerang selepas melintasi garisan tengah gelanggang.

Travelling
Membawa bola lebih dari satu langkah tanpa mengelecek bola tersebut.

video


*Pelanggaran Peraturan Masa

Peraturan tiga saat( three-seconds rule )
Semasa bola dalam kawalan pasukan, pemain tidak dibenarkan berada lebih daripada tiga saat dalam kawasan terhad pihak lawan iaitu di antara baseline dan hujung garisan lontaran percuma.

Peraturan lima saat( five-seconds rule )
Pemain yang dikawal oleh pihak lawan perlu membuat hantaran, jaringan atau mengelecek bola dalam tempoh masalima saat. Pemain yang membuat hantaran ke dalam perlu memainkan bola dalam tempoh masa lima saat atau bola diberikan kepada pihak lawan.

Peraturan lapan saat( eight-seconds rule )
Pasukan yang mengawal bola dalam kawasan sendiri perlu membawa dan memainkan bola ke kawasan pihak lawan dalam tempoh masa lapan saat. Jika gagal bertindak sedemikian, pasukan tersebut akan dipersalahkan.

Peraturan 24 saat( twenty four-seconds rule )
Pasukan yang mengawal bola perlu melakukan jaringan dalam tempoh masa 24 saat mengawal bola. Pasukan tersebut akan dipersalahkan jika gagal bertindak sedemikian.

No comments:

Post a Comment