Wednesday, 7 December 2011

Undang-undang dan Kemahiran

Undang-undang dan Peraturan Undang-undang pertandingan bola keranjang dijalankan mengikut Undang-undang Persekutuan Bola Keranjang Amatur Antarabangsa ( FIBA ) dan peraturan-peraturan am Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia ( MSSM ).

Jumlah pemain
Jumlah pemain yang berdaftar dalam satu pasukan ialah dua belas orang. Hanya lima orang pemain bagi setiap pasukan akan bermain pada satu-satu masa. Setiap pemain boleh ditukar ganti sepanjang tempoh permainan. Setiap pertukaran pemain perlu dilaporkan kepada pencatat.

Masa permainan
Masa Permainan bola keranjang dibahagikan kepada empat suku (quarter). Masa bermain untuk setiap suku ialah 10 minit. Masa rehat antara suku iaiah dua minit.. Selepas tamat suku kedua ( separuh masa pertama ). Masa rehat diberi selama lima minit sebelum bermula suku ketiga. Dalam permainan bola keranjang, hanya masa sebenar dikira sebagai masa permainan. Jam pertandingan akan diberhentikan semasa lontaran percuma, time-out, pemain mengalami kecederaan, pertukaran pemain dan apabila bola keluar dari kawasan permainan. Masa permainan akan dikira sebaik sahaja bola dimainkan sernula.


Permulaan permainan
Permainan dimulakan dengan pengadil melambung bola di bulatan tengah di antara dua pemain daripada kedua-dua pasukan. Jam pertandingan diaktifkan sebaik sahaja bola yang dilambung disentuh oleh salah seorang pemain yang melompat. Pemain yang melompat tidak dibenarkan menangkap bola yang dilambung tetapi hanya boleh menepis atau menolak bola itu kepada rakan yang berada di luar bulatan.

No comments:

Post a Comment